Sumber foto: http://www.moroccoattractivetours.com/ |
Tour & Guide Maroko. LETIH 14 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maghribi dengan transit dua jam di Dubai, hilang sebaik sahaja menjejak kaki di Lapangan Terbang Mohamed V.
Teruja dengan kesederhanaan negara Arab tanpa gas dan minyak itu, saya pasti banyak yang dapat diteroka di Maghribi.
Maghribi adalah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai pinggir laut yang panjang dari Lautan Atlantik menjangkau Selat Gibraltar sehingga ke Laut Mediterranean.
Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara dan Lautan Atlantik di barat.Sempadan selatannya dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak 1975.
Raja Berpelembagaan menjadi corak pemerintahan Maghribi dan ia negara tunggal bukan ahli Kesatuan Afrika. Ahli sejarah biasanya merujuk Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqsá (Yang Paling Barat)untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghrib.
Kawasan Maghribi moden didiami manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurangnya pada 8000 Masihi ketika kawasannya kurang kering berbanding kini.
Analisis genetik moden mengesahkan selain kelompok etnik utama, iaitu Berber dan Arab, pelbagai kaum lain menyumbang kepada penduduk negara itu sekarang termasuk orang Phoenicia, Yahudi Sephard serta Afrika sub-Sahara.
Orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka seperti Chleuh.
Sebagaimana sejarahnya yang panjang, Maghribi turut membuka ruang kepada pelancong untuk meneroka keindahan negara itu secara mendalam.
Casablanca antara kota metropolitan yang menggamit pelancong asing. Terletak di hujung barat Afrika Utara, masyarakat tempatan menggelar kota ini sebagai casa yang bermaksud rumah dan blanca membawa maksud putih.
Bila digabungkan Casablanca bermakna rumah putih. Sebagai bandar terbesar di Maghribi, Casablanca dianggap pusat ekonomi dan perniagaan bagi penduduk Maghribi.
Selain keindahan pantai dan bangunan moden, Casablanca menjadi pusat keseronokan pelancong yang inginkan kelainan seperti di Eropah. Yang penting anda harus bermalam di sini untuk menikmati waktu malamnya.
Tidak seperti Casablanca, Marrakesh yang dulunya disebut The Pearl of The South mempunyai seni bina yang amat unik dan cantik di dunia. Ia juga kawasan pertanian paling pesat. Kehidupan masyarakat kampung dan keluasan tanah pertanian menggamit pandangan sepanjang laluan sejauh 250 kilometer dari Casablanca.
Buah delima antara produk Maghribi yang popular di samping orennya yang segar dan sedap. Gandum, bunga popi dan buah zaitun turut menjadi tanaman utama manakala perlombongan fosfat turut menyumbang kepada ekonominya.
Istana Bahia salah satu bangunan lama yang menyimpan sejarah gemilang Maghribi pada masa dahulu. Dibina pada kurun ke-19 sebagai kediaman rasmi menteri, istana ini diindahkan lagi dengan kewujudan sebuah taman di tengah-tengahnya.
Tombeaux Saadiens atau disebut Makam Saadien salah satu tempat bersejarah yang menarik di bumi Maghribi. Saadiens adalah keturunan sebuah keluarga besar yang amat dihormati di daerah itu pada masa dahulu. Di sini hampir 60 orang ahli keluarga itu disemadikan.
Jika anda peminat tanaman, sebuah taman botani dan landskap diberi nama Taman Majorelle seluas 12 ekar yang direka oleh artis Jacques Majorelle dari Perancis sekitar 1920-an dan 1930-an semasa Maghribi di bawah zaman penjajahan Perancis. Taman Majarelle mula dibuka kepada orang ramai sejak 1947.
Djemma El Fna Square pula merupakan tempat tarikan pelancong terbesar di Marrakesh. Ia sebuah dataran utama di dalam Medina iaitu tempat pertemuan penting yang popular untuk masyarakat Marrakesh pada hujung minggu.
Para penjinak ular dari suku kaum Berber dan pembekal air berniaga barangan mereka pada siang hari sementara sebelah malam dataran ini akan bertukar menjadi bazar yang riuh dan sesak kerana didominasi oleh gerai-gerai makanan.
Puluhan ribu manusia akan berhimpun di sini bermula pada petang membawa ke dini hari. Di belakang dataran terdapat souk atau pasar menjual pelbagai karpet buatan Berber, kasut, pakaian, aksesori hinggalah kepada rempah ratus dan herba.
Bersebelahan dataran ini terletaknya 10 souk atau pasar yang menjual bermacam-macam barangan. Jika teringin hendak membeli buah-buahan boleh terus ke Souk Ableu dan jika mencari selipar, kaftan dan barang kemas boleh ke Souk Semmerine.
Satu lagi tempat bersejarah yang perlu dilawati adalah Masjid Koutobia terletak kira-kira 200 meter dari barat Djemma El Fna Square iaitu masjid terbesar di Marrakesh, Maghribi. Saya turut terpegun melihat Masjid Hassan 2, masjid ketujuh terbesar di dunia. Menaranya setinggi 200 meter cukup menakjubkan disimbah cahaya merah mentari yang hampir terbenam tatkala saya dan rombongan Pengasas dan Pemilik Vida Beauty Sdn. Bhd, Datuk Dr. Hasmiza Othman serta krew Nona TV3 tiba di situ. Uniknya masjid ini kerana dilengkapi oleh laser yang diarahkan ke Mekah. Ia boleh memuatkan sehingga 125,000 jemaah.
Rabat, ibu negara Maghribi pula menawarkan kehidupan masyarakatnya yang sangat ramah dan prihatin dengan tetamu luar.
Luangkan juga masa ke Muzium Mohamad V yang terletak di seberang Menara Hass Yacoub al-Mansour, tempat persemadian raja maghribi dan dua puteranya.
Selian terkenal dengan seni binanya dan pertanian, Maghribi juga popular dengan mandi wap yang disebut sebagai Hamam dan juga minyak argan, khasiat awet muda dan kecantikan yang telah diakui seluruh dunia. Malah ia disebut-sebut sebagai bahan kecantikan yang diamalkan oleh Cleopatra.
Secara peribadi Maghribi sangat menarik untuk dikunjungi mereka yang suka kepada keunikan seni bina dan cintakan sejarah.(utusan/wisatamaroko).
Note: Jika anda merupakan wisatawan, rombongan wisata, jamaah Umroh plus Maroko, wisata Maroko, Travelling, atau rombongan dosen yang membutuhkan guide/tour leader berbahasa Indonesia selama di Maroko, silahkan kirim pesan langsung kepada kami, atau kontak kami di:
- Email: sukmahadiadi@yahoo.com
- Telepon: +212656865703
- Whatsapp: +212616666339
Sekedar informasi, bahwa warga negara Indonesia mendapatkan free visa selama 3 bulan kunjungan di Maroko.
EmoticonEmoticon