Tour & Guide Morocco. - Saya dan suami telah ke Mahgribi pada 26 Mac 2017. Sepertimana biasa 'trip' ini bukanlah bertujuan untuk melancong semata-mata, tetapi berbentuk '2 in 1' .... bertugas sambil makan angin. Sang suami sebenarnya ada seminar di sana.
Mengapa pulak saya hendak mencatat perjalanan kami ke Maghribi? Apakah istimewanya perjalanan kali ini berbanding perjalanan kami ke negara-negara lain sebelumnya? Pada saya ianya memang ada kelainan kerana perjalanan kami kali ini adalah yang paling lama kami lalui untuk tiba ke Marrakech, destinasi akhir yang dituju, dan yang paling memenatkan Secara kasarnya kami mengambil masa 2 hari pergi dan 2 hari balik dalam perjalanan ini. Ia juga merupakan pengalaman pertama kami menaiki pesawat Airbus A380. Penerbangan yang sangat selesa.
Screen di hadapan tempat duduk dalam pesawat Airbus A380 .... ..... butir-butir penerbangan dari KLIA ke Dubai. |
Kami menaiki pesawat Emirates kerana syarikat ini yang menawarkan harga paling rendah berbanding yang lain. Harga tiketnya rendah kerana kita terpaksa transit di Dubai dan kami perhatikan lagi lama kita transit, lagi murah tiketnya.
Kami pernah menaiki Emirates semasa berjaulah ke Mesir pada 2008. Ketika itu kami transit di Dubai Airport selama 4 jam dan diberi makanan percuma. Hanya yang transit 4 jam ke atas sahaja yang layak mendapat servis ini. Namun kini polisi ini sudah menjadi sejarah. Tidak ada lagi makanan percuma walaupun terpaksa transit selama 20 jam (ketika penebangan balik ke Malaysia).
Perjalanan pergi
26 Mac 2017
7.20 pm - bertolak dari KLIA
2.00 am - tiba di Dubai International Airport (10.00 pm waktu Malaysia)
*8 jam transit di Dubai Airport - berihat di Gate B17 (ada kerusi yang sangat selesa di sini)
- flight ke Casablanca di Gate A12
Dubai International Airport ... sangatlah besar! Saya hampir sesat di sini ketika mencari tandas |
Berihat di Gate B17 ..... tidak semua tempat ada kerusi 'malas' seperti ini |
27 Mac 2017
Penerbangan ke Casablanca sepatutnya pukul 7.25 pagi tetapi telah terlambat 1 jam. Sementara menunggu, kami mencari makan untuk mengalas perut sebelum naik pesawat yang sudah tentu akan menghidangkan sarapan yang begitu mewah sekali.
Beli kopi panas di sini .... 😲5 USD secawan |
Menarik .... ada tabung infaq disediakan di berbagai lokasi dalam airport |
Suasana di luar .... sudah tidak sabar rasanya nak naik kapal terbang ni! |
Akhirnya kami bertolak ke Casablanca pada jam 8.20 am (waktu Dubai) dan tiba pukul 2.00 pm waktu Maghribi mengikut jadual. Sebenarnya waktu ini tidak tepat kerana Maghribi beserta lain-lain negara di Eropah telah menukar jam mereka, sehari sebelum kami tiba. Bermakna waktu sampai ke sini adalah pukul 3.00 pm. Setiap kali tiba musim panas, negara-negara yang mempunyai 4 musim akan mempecepatkan 1 jam waktu mereka iaitu pada setiap hari Ahad terakhir bulan Mac. Tahun ini ia jatuh pada 26 Mac. Begitu juga apabila tiba musim sejuk, mereka akan mengundurkan waktu sejam pada hari Ahad terakhir bulan Disember.
Pertukaran waktu ini agak mengelirukan juga jikalau kita tidak tahu, terutama apabila ada urusan yang membabitkan waktu tertentu. Inilah yang berlaku pada kami, yang sudah meminta seorang pelajar Malaysia di sini tolong belikan tiket keretapi ke Marrakech pada waktu yang lebih awal tetapi tidak sempat menaikinya kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan .... kelewatan penerbangan, waktu yang dicepatkan dan pengurusan di airport yang sangat lembap. Nasihat dari saya, ..... tidak perlu membeli tiket lebih awal untuk lebih selamat, agar tidak kerugian.
Kebanyakan penerbangan antarabangsa ke Mahgribi akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohamed V Casablanca. Kami perlu pergi ke Marrakech kerana di situlah tempat suami akan berseminar. Cara yang terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki keretapi. Maghribi mempunyai jaringan pengangkutan keretapi yang sangat efisien dan stesen keretapinya terletak di bawah airport sahaja. Nasib baiklah kami dibenarkan menaiki keretapi lain dengan tiket yang sama, dengan bantuan pelajar tersebut, yang menceritakan masalah kami pada si penjual tiket. Semua urusan di sini menggunakan bahasa Arab atau Perancis. Sepatah perkataan Inggeris pun mereka tidak faham.😞
Alhamdulillah .... tiket keretapi kami dijadualkan semula ke pukul 6.15 pm. Keretapi ini akan transit di Gare De Casa Oasis sebelum mengambil keretapi lain ke Marrakech. Tiket kami untuk tempat duduk kelas pertama dan train petang itu dari jenis double-decker. Kami naik duduk di bahagian atas kerana itulah pengalaman pertama naik keretapi double-decker 😃😄Teruja pula naik train ni dan pemandangan alam di luar juga cantik. Sempat saya mengambil beberapa keping gambar.
Airport Train Station .... train to Marrakech 18:57 |
Tidak sangka di Maghribi ada pemandangan menghijau sebegini .... ..... melihatnya dari dalam keretapi bahagian atas |
Tukar keretapi di stesen keretapi Casa-Oasis Casablanca |
Cuaca panas tetapi sejuk ..... manalaaahhh train ni! |
Bergambar kenangan di platform stesen keretapi Casa-Oasis |
Train ke Marrakech petang itu lambat dari yang dijadualkan. Semua pengumuman dibuat dalam bahasa Perancis. Nama Marrakech sudah tidak ada di papan notis train yang akan masuk platform. Kami hampir tertinggal keretapi kerana tidak tahu bahawa train yg sedang lalu itu akan ke Marrakech. Nasib baiklah saya terdengar dalam pengumuman yang dibuat ada menyebut Marrakech. Kami pun bertanya kepada petugas di platform untuk mendapat kepastian. Ya!...katanya 😧😨 Apa lagi ..... kami pun terus mengejar keretapi berlari-lari dengan beg besar dan kecil menuju ke arah kepala keretapi kerana tempat duduk kami di kelas pertama. Memang kami tidak akan sempat pergi ke gerabak yang dituju. Oleh kerana itu kami pun naik sahaja gerabak yang terdekat. Dari sini kami berjalan melangkau beberapa gerabak sehingga bertemu tempat duduk kami. Sungguh cemas dibuatnya 😱Tips dari saya, .....
1. Rajin bertanya walaupun dalam bahasa yang mereka tidak faham ... guna sign language😃😄
2. Tunggu di hujung platform atau mana-mana bahagian yang kita agak akan berada hampir dengan gerabak yang akan kita naiki, kerana trainya sangatlah panjang.
Contoh - gerabak kelas pertama |
Tempat duduk kelas pertama keretapi ini menempatkan 6 orang dalam satu bilik dan ada sebuah meja dalamnya. Ia agak selesa untuk perjalanan jauh. Pada malam ltu kami hanya berlima sebilik. Alhamdulillah .... bertambah selesa 😌Keretapi yang kami naiki ini telah sejam lebih terlewat dari jadualnya. Akhirnya kami sampai ke Marrakech hampir tengah malam, selepas 3 jam lebih perjalanan. Kemudian kami mengambil teksi ke hotel yang mengenakan bayaran sebanyak 100 Dirham (MAD) atau lebih kurang RM 46.00. Sudah tentu kami kena tipu kerana perjalanannya hanya sekejap sahaja. Kami dapat tahu keesokan harinya, tambang sebenar hanya antara (30-40)MAD kalau waktu siang.
Di sinilah kami menginap semasa di Marrakech |
Perjalanan pulang
31 Mac 2017
Hari ini kami pulang ke Casablanca, juga dengan menaiki keretapi. Mengikut jadual train bertolak pada pukul 8.00 pm tetapi telah delay juga selama 2 jam. Akhirnya kami tiba pukul 2.00 am.
1 April 2017
Berjalan-jalan di Casablanca
2 April 2017
Penerbangan balik ke Dubai bertolak tengahari dan tiba di sana jam 2.00 am dan perlu transit selama 20 jam. Kali ini kami merihatkan diri di bilik solat sementara menunggu waktu Subuh.
3 April 2017
Kami telah merancang untuk mengambil kesempatan transit yang lama ini dengan berjalan ke kota Dubai kerana flight ke KL dijadualkan pada jam 5.30 pm. Destinasi utama kami adalah Dubai Mall kerana di situlah letaknya Burj Khalifa dan kami telah berjaya menaikinya, alhamdulillah ....😊 Penerbangan balik ke Malaysia bertolak malam dan selamat tiba di KLIA pukul 9.00 am keesokan harinya.
Menunggu train ke Casablanca (31 Mac 2017) .... yang telah delay selama 2 jam |
Tempat duduk kelas pertama dalam train ke Casablanca dari Marrakech ..... dah lama tak naik train di Malaysia |
Inilah satu-satunya perjalanan jauh kami yang sangat meletihkan dan mencemaskan. Insya Allah kita jumpa lagi di lain entry di mana saya akan menceritakan berbagai pengalaman unik yang dialami di negara exotic Morocco.(sarasama-rawahil.blogspot.coom/wisatamaroko)
Note: Jika anda merupakan wisatawan, rombongan wisata, jamaah Umroh plus Maroko, wisata Maroko, Travelling, atau rombongan dosen yang membutuhkan guide/tour leader berbahasa melayu atau Indonesia selama di Morocco, silahkan kirim pesan langsung kepada kami, atau kontak kami di:
- Adress: Amrechich C M Nord Blog 70 NR 9 Marrakech, Maroko.
- Email: sukmahadiadi@yahoo.com
- Telepon: +212656865703
- Whatsapp: +212616666339
Sekedar informasi, bahwa warga negara Indonesia mendapatkan free visa selama 3 bulan kunjungan di Maroko.
EmoticonEmoticon